Gadis Terima Hadiah Dari Bapa, Disangka Bungkusan Kertas Biasa, Rupanya Wang

Seorang gadis di Indonesia menjadi viral seketika di media sosial apabila video berupa dia mendapat hadiah wang sempena ulang tahun kelahiran yang ke-18 daripada bapanya tular.

gadis terima hadiah dari bapa, disangka bungkusan kertas biasa, rupanya wang

Menerusi video Tik Tok yang kini sudah ditonton lebih 1 juta kali itu, gadis tersebut yang bernama Rhany, mengatakan dia tidak menyangka bahawa dia akan menerima hadiah berupa wang daripada bapanya itu.

Tambahan lagi, apabila bapanya membungkus hadiah tersebut dengan menggunakan kertas biasa dan pita pelekat.

Namun, setelah membuat hadiah tersebut, ternyata ia mengandungi beberapa keping wang kertas yang bernilai 100 ribu rupiah (RM28.87).

Menurut Rhany, jumlah keseluruhan wang yang diterima daripada bapanya bernilai 3 juta rupiah, iaitu kira-kira RM866.52.

Ketika ditemu ramah media tempatan, Rhany sempat meluahkan, “Saya ketawa dan gembira melihat kelakuan papa yang ternyata begitu mengagumkan.

“Sejak awal saya mengatakan saya dapat pita pelekat, ternyata ketika saya membukanya, ia berisi wang,” jelasnya.

Tambahnya lagi, “Bahagia tidak terkata, kerana sejak awal, papa mengatakan dia hanya ingin memberikan satu juta (rupiah) sahaja untuk belanja kawan-kawan.

“Tapi rupanya papa tiba-tiba memberikan hadiah yang berisi 3 juta rupiah,” katanya.

Akui Rhany, dia sudah mempunyai rancangan untuk menggunakan wang tersebut.

“Wang itu hanya akan digunakan untuk makanan ringan,” ujarnya.

 

@rxxnxy3

ide papiw random emng

♬ original sound - hooman ◡̈

 

 

Sumber: [1]