Mahu Mudahkan Urusan Harian, Doktor Tanam Banyak Cip Mikro Bawah Kulit

Bagi memudahkan urusan dan tugas harian, seorang doktor di Novosibirsk, Rusia telah menanam beberapa cip kecil pada bawah kulitnya hingga beliau dikenali sebagai Doktor Cip.

mahu mudahkan urusan harian, doktor tanam banyak cip mikro bawah kulit

Alexander Volchek, seorang pakar obstetrik dan genekologi mengesahkan beliau sudah menanam cip kad bank pada lengannya dengan harapan ia dapat membantu beliau membuat pembayaran dengan lebih mudah.

.

Katanya, beliau sudahpun mula menanam bendasing pada bawah kulit sejak dari 2014 lagi selepas mempelajari mengenai teknik itu hampir sedekad yang lalu menerusi satu terbitan artikel.

.

Beliau juga mendapat tahu bahawa implan berkenaan sudah pun digunakan oleh perubatan veterinar pada pertengahan 2000 dan berminat untuk menggunakannya pada diri sendiri.

mahu mudahkan urusan harian, doktor tanam banyak cip mikro bawah kulit

Kisah Doktor Cip ini mula diketahui ramai menerusi media Rusia pada 2017 selepas beliau menanam beberapa cip kecil pada tangannya. Antara cip yang ditanam adalah cip yang menggantikan kad sebagai akses keluar dan masuk ke tempat kerjanya di hospital.

.

Cip berkenaan juga menyimpan maklumat kenalannya yang membolehkan dia berkongsi butiran itu terus ke telefon pintar menggunakan sambungan komunikasi medan dekat (NFC).

.

Melaluinya, dia menyimpan semua kata laluannya tanpa melakukan sebarang proses penyulitan (encryption).

.

"Untuk bekerja, kamu perlu mengeluarkan dompet, mengambil kad, menggunakannya dan menyimpan kembali, tidak boleh hilang.

"Isteri saya menggunakan cip ini selepas kehilangan empat kad.

"Hanya perlu letakkan tangan pada pengimbas dan tidak perlu infrastruktur lain di sekeliling anda, ia akan jadi lebih mudah," katanya.

.

Selain dirinya, beliau turut menjalankan implan cip kecil kepada lebih 200 individu lain termasuklah juga kepada isterinya sendiri.

.

Sumber: Oddity Central