Seorang wanita berusia 75 tahun di India yang pulih daripada COVID-19 pulang ke rumah hanya untuk mengetahui bahawa keluarganya secara tidak sengaja telah mengebumikan mayat lain yang disangka dirinya.
Menurut sumber tempatan, wanita tersebut yang dikenali sebagai Girijamma, sebelum itu disahkan positif COVID-19 dan dimasukkan ke hospital pada 12 Mei, yang mana suaminya, Gaddayya, pulang ke rumah setelah menghantarnya.
Pada 15 Mei, Gaddayya kembali ke hospital tersebut untuk memeriksa keadaannya yang mana isterinya itu dikatakan ‘hilang’ dari tempat tidurnya.
Kakitangan hospital tersebut kemudian menjelaskan bahawa isterinya itu mungkin telah dipindahkan ke wad lain.
Gaddayya gagal mengesan Girijamma biarpun setelah memeriksa semua wad di hospital dengan teliti yang mana akhirnya, kakitangan hospital tersebut menyuruh dia untuk memeriksa isterinya di bilik mayat.
Ketika berada di bilik tersebut, Gaddayya melihat satu mayat yang menyerupai isterinya. Dia memberitahu kakitangan hospital itu yang mana mereka melepaskan mayat tersebut kepadanya dan mengeluarkan surat kematian atas namanya.
Keluarga itu kemudian membawa jenazah tersebut pulang ke kampung halaman dan membakarnya.
Pada 23 Mei, pasangan itu turut kehilangan anak mereka, Ramesh yang menjadi korban COVID-19, menyebabkan Gaddayya mengadakan upacara terakhir untuk isteri dan anaknya itu.
Namun, jauh daripada pengetahun mereka, isteri Gaddayya, iaitu Girijamma sebenarnya masih berada di hospital dan telah pun pulih.
Menurut laporan media tempatan, Girijamma tertanya-tanya mengapa tiada yang datang untuk membawanya pulang. Lantaran itu, dia berkeputusan untuk pulang sendiri sehari selepas upacara terakhir tersebut diadakan.
Setelah dia kembali, wanita tersebut dengan tidak semena-mena mengejutkan keluarganya, kerana dia disangkakan telah meninggal dunia.
Bagaimanapun, pasangan tersebut kini berkabung bersama terhadap kehilangan anak mereka, Ramesh.
Sumber: [1]