Cipta Rekod Dunia Potong Rambut Pelanggan Sepantas 47 Saat

Berapakah tempoh masa yang biasa anda guna semasa memotong rambut?

 

Tahukah anda, seorang tukang gunting rambut dari Greece ini mampu memotong rambut pelanggannya dalam tempoh masa sepantas 47.17 saat sahaja.

cipta rekod dunia potong rambut pelanggan sepantas 47 saat

Konstantinos Koutoupis telah mencipta rekod dunia dalam kategori memotong rambut paling pantas pada 19 Februari 2017.

 

“Mahukan potongan rambut paling pantas? Bagaimana dalam masa 45 saat sahaja?” tulis akaun Guinness World Records dalam hantaran yang dimuat naik di Twitter baru-baru ini.

 

 

Dalam video terbabit, Koutoupis memotong rambut sambil memegang sikat dalam pergerakan cukup pantas. Hasil potongannya juga dilihat memuaskan hati juri.

 

Sumber: Astro AWANI