China Bawa Dasar Sifar COVID-19 Ke ‘Next Level’, Buat Ujian Swab Pada Ikan Pula

Aneh bunyinya, namun itulah yang terjadi di China kini yang mana kebanyakan bandar pesisir pantai di negara tersebut telah mula menguji makanan laut sebagai sebahagian daripada usaha baru untuk mengelak penyebaran varian Omicron yang menular.

china bawa dasar sifar covid-19 ke ‘next level’, buat ujian swab pada ikan pula

Xiamen, sebuah bandar pelancongan terkenal yang terletak di wilayah pantai tenggara China, Fujian telah mengarahkan ujian PCR terhadap nelayan serta hasil tangkapan mereka selepas mereka pulang dari laut, menurut penyelia perikanan bandar itu.

“Kami bukan satu-satunya tempat yang mengambil langkah ini. Kami mengambil pengajaran daripada Hainan, yang menyaksikan letusan wabak yang serius. Ia dikatakan mungkin dicetuskan oleh transaksi hasil laut antara nelayan tempatan dan rakan sejawat mereka di luar negara,” kata seorang kakitangan Biro Pembangunan Lautan Perbandaran Xiamen memberitahu South China Morning Post.

Walaupun ini mungkin kelihatan luar biasa, ini bukan kali pertama ikan hidup telah diuji untuk Covid-19.

Seorang pekerja di Biro Pembangunan Lautan Perbandaran Xiamen memberitahu akhbar South China Morning Post, "Kami telah mengambil pengajaran dari Hainan, yang menyaksikan wabak yang teruk.

“Dikatakan bahawa ia mungkin dicetuskan oleh transaksi hasil laut antara nelayan tempatan dan rakan sejawat mereka di luar negara.”

Wilayah Hainan di selatan China serta wilayah pantai seperti Xiamen, telah merekodkan lebih 10,000 kes Covid-19 sejak awal Ogos lalu. Pihak berkuasa berkata mereka percaya wabak ini mungkin ada kaitan dengan komuniti nelayan.

Dalam pada itu, media China telah lama menyatakan kebimbangan bahawa hidupan laut mungkin mempunyai kaitan dengan coronavirus. Wabak Covid-19 yang pertama dikaitkan dengan pasaran haiwan dan makanan laut hidup di bandar Wuhan di tengah China.

 

Sumber: BBC

ARTIKEL BERKAITAN