Lelaki Ini Tak Sengaja Telan Cawan Masa Minum Teh

Seorang lelaki berusia 55 tahun dari India dilaporkan secara tidak sengaja tertelan sebuah cawan semasa menikmati minuman teh.

lelaki ini tak sengaja telan cawan masa minum teh

Kisah aneh ini terjadi apabila lelaki itu dimasukan ke hospital kerana disyaki menghidap sembelit selepas merasa sakit perut yang teruk.

 

Beliau dibawa untuk menjalani ujian ultrabunyi dan sinar-X, sebelum doktor menemui satu objek aneh dalam ususnya.

 

Objek tersebut disahkan adalah sebuah cawan kaca, sebelum lelaki itu dikejarkan ke wad pembedahan.

 

Pakar bedah juga dilaporkan gagal untuk mengeluarkan objek tersebut dari bahagian rektumnya menerusi prosedur endoskopik dan kemudian memutuskan pesakit itu perlu menjalani pembedahan.

 

Cawan kaca itu akhirnya berjaya dikeluarkan dari tubuh badan mangsa. Bagaimanapun, Dr. Mahmudul Hasan yang mengetuai pembedahan tersebut masih tertanya-tanya bagaimana cawan itu boleh berada disitu, kerana saluran makanan adalah terlalu sempit untuk dilalui objek berkenaan.

 

Pesakit itu juga berada dalam keadaan stabil selepas pembedahan.

 

Sumber: [1]