Tanda Berterima Kasih, Burung Hantu Bawa ‘Hadiah’ Pada Penyelamatnya

Tolong-menolong adalah satu amalan yang mulia. Ia tidak terhad hanya sesama manusia, tetapi sesama hidupan lain juga seperti haiwan.

 

Disebabkan itu, seekor burung hantu yang telah diselamatkan seorang lelaki di Afrika Selatan telah terhutang budi lalu membawa kepadanya ‘hadiah’ sebagai tanda terima kasih.

tanda berterima kasih, burung hantu bawa ‘hadiah’ pada penyelamatnya

Kisah terjadi pada tahun 2011 dahulu selepas lelaki itu menjumpai seekor burung hantu yang cedera. Disebabkab rasa kasihan dan bersimpati dengan keadaan burung hantu itu, lelaki berkenaan membawanya pulang untuk dirawat.

 

Sepanjang berada di rumah lelaki itu, burung hantu terbabit dijaga dengan sangat baik sehinggalah ia kembali pulih. Sejak dari itu, hubungan mereka menjadi semakin mesra dan akrab.


Apabila sudah semakin besar, lelaki itu kemudian melepaskannya ke habitat asal supaya burung hantu itu dapat menjalani kehidupan dengan sempurna.

tanda berterima kasih, burung hantu bawa ‘hadiah’ pada penyelamatnya

tanda berterima kasih, burung hantu bawa ‘hadiah’ pada penyelamatnya

Meskipun sudah bebas, burung hantu itu tidak sedikitpun melupakan budi baik lelaki yang menolongnya, lalu kembali membawa ‘hadiah’ kepada lelaki itu seperti tikus dan ular yang diburunya.

tanda berterima kasih, burung hantu bawa ‘hadiah’ pada penyelamatnya

Tidak dapat dipastikan nasib burung hantu itu sekarang, namun hakikatnya hubungan antara manusia dan haiwan ini sewajarnya menjadi contoh kepada kita.

 

Sumber: [1]