Biskut Hamster Ini Nampak Terlalu Comel Untuk Dimakan

Sudahkah anda membuat persiapan kuih raya sempena Aidilfitri ini?

 

Jika belum, mungkin anda boleh cuba hidangan biskut ini yang pastinya menarik minat tetamu anda di rumah nanti.

biskut hamster ini nampak terlalu comel untuk dimakan

Biskut dengan ukiran tikus belanda atau hamster ini dihasilkan oleh seorang artis seni hidangan pencuci mulut di Jepun, Mocha Mocha, dan mempunyai bentuk yang terlalu comel hinggakan sayang untuk dimakan.

biskut hamster ini nampak terlalu comel untuk dimakan

Mocha Mocha berkongsi foto biskut itu menerusi akaun Twitter bernama @mochammochamm dan berjaya menarik minat ramai pengguna media sosial.

biskut hamster ini nampak terlalu comel untuk dimakan

“Saya menghasilkan biskut Djungarian,” katanya.

biskut hamster ini nampak terlalu comel untuk dimakan

Biskut hamster itu bukanlah menggunakan daging hamster, sebaliknya menggunakan bahan asas membuat biskut dan diukir dengan teliti, dengan ada sesetengahnya bermata bulat, manakala  yang lainnya menutup mata seolah-olah sedang tidur.

.

Tikus belanda jenis Djungharian ini sering menjadi haiwan peliharaan ramai kerana bentuknya yang kecil dan comel.

.

Sumber: [1], [2]