V, J dan N adalah nama yang diberikan pasangan ini kepada tiga orang anak mereka, bertujuan supaya mudah diingati dan unik.
Pasangan suami isteri dari Dusun Tapak Lembu, Jawa Timur dekat Indonesia telah menjadi perhatian ramai gara-gara memberikan nama anak mereka dengan hanya satu huruf.
Sukari dan Wahyuningsih memilih untuk menamakan anak mereka dengan V, J dan N yang masing-masing kini berusia 16, 5 dan 2 tahun.
Menurut Sukari, beliau dan isterinya tidak mempunyai sebarang alasan mengapa memilih untuk memberikan nama anak dengan satu huruf sahaja, melainkan supaya ia mudah diingati.
“Saya tidak bernazar atau mempunyai alasan istimewa kecuali mahu semua nama anak senang diingati.
“Ada juga menegur nama anak itu satu bentuk doa jadi saya beritahu, saya tetap mendoakan semua anak-anak saya menjadi insan baik, bijak dan berjaya dalam hidup,” jelas Sukari yang merupakan lepasan Ijazah Sarjana Muda dari Fakulti Sains Sosial dan Politik, Universiti Muhammadiyah Yogyakarta.
Menurutnya lagi, tidak pernah pula terlintas untuk menukarkan nama-nama anaknya itu kerana beliau yakin ia membawa rezeki buat mereka sekeluarga.
“Anak-anak saya tidak pernah dimasukkan ke hospital atau sakit yang teruk. Saya percaya apabila namanya ringkas, maka pembawakannya juga tidak berat.
“Itu juga satu rezeki buat keluarga kami,” ujarnya.
Sumber: [1]