Terlampau Nak Kurus, Berat Wanita Ini Hanya Cecah 25 Kilogram

Ramai antara kita yang mungkin dalam usaha untuk menurunkan berat badan dan mendapat berat ideal yang diingini.

.

Namun disebabkan kegairahan untuk menurunkan berat badan, seorang wanita berusia 30 tahun dari China ini menjadi terlampau obses hingga kini mempunyai berat badan hanya 25 kilogram.

terlampau nak kurus, berat wanita ini hanya cecah 25 kilogram

Wanita yang tidak disebut namanya ini berasal dari daerah Hebei, mempunyai ketinggian 165 sentimeter, telah hilang sebanyak 40 kilogram daripada berat asalnya 65 kilogram.

.

Selepas melahirkan anak kedua, beliau yang mempunyai berat asal 65kg telah mengamalkan diet yang sangat ketat hinggalah mendapat berat akhir 25 kg selepas setahun.

.

Akibat daripada itu, beliau kini mengalami masalah kesihatan yang serius dan didiagnos sebagai anorexia nervosa. Beberapa organ dalamannya juga mengalami kerosakan seperti hati, keguguran rambut, masalah penghadaman dan tidak lagi datang haid.

.

Lebih menyukarkan keadaan, wanita itu juga enggan mengambil sebarang rawatan yang dicadangkan oleh doktor dan tetap meneruskan dietnya yang ketat itu meskipun ia membahayakan kesihatannya.

.

Sumber: [1]