Bengang Tak Dapat Rehat Sepanjang Majlis Berlangsung, Jurugambar Ini Hapus Semua Foto Pengantin

Seorang lelaki yang bekerja sebagai jurugambar berkongsi mengenai pengalamannya ketika diupah untuk mengambil gambar di sebuah majlis perkahwinan.

bengang tak dapat rehat sepanjang majlis berlangsung, jurugambar ini hapus semua foto pengantin

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di platform Reddit itu, dia mengatakan bahawa dia menerima layanan yang tidak menyenangkan dari kerana dia bukan sahaja dilarang berehat walaupun ketika acara makan dan minum di majlis tersebut.

Kesal dengan layanan itu, lelaki tersebut kemudian memadamkan semua gambar perkahwinan.

Menurut catatannya di Reddit, lebih mengecewakan apabila pengantin perempuan itu ialah rakannya sendiri.

Dia diminta untuk membantu kerana anggaran upahnya yang minimum.

“Seorang rakan berkahwin beberapa hari yang lalu, kerana ingin menjimatkan wang, dia bertanya sekiranya saya boleh mengambil gambar untuk mereka,” jelasnya.

“Saya memberitahunya bahawa itu bukan kepakaran saya, tetapi dia meyakinkan saya dengan mengatakan dia tidak peduli sekiranya hasil tangkapannya tidak sempurna. Mereka mempunyai bajet yang kecil dan saya setuju untuk menangkap gambar mereka dengan harga AS$250 (RM1,044) yang tiada hal pun untuk acara yang berlangsung selama 10 jam,” lanjutnya.

Lelaki yang tidak dikenal pasti identitinya itu menyatakan bahawa dia mula bekerja sejak jam 11 pagi yang mana dia mula mengikuti rapat pengantin perempuan bagi menangkap momen-momen berharga sepanjang majlis tersebut.

“Saya bermula sekitar jam 11 pagi dan akan selesai sekitar jam 7.30 malam. Sekitar jam 5 petang, makanan dihidangkan dan saya diberitahu bahawa saya tidak boleh berhenti makan kerana saya perlu menjadi jurugambar; sebenarnya, mereka tidak menyediakan saya tempat di mana-mana meja pun,” katanya.

“Saya semakin letih dan ketika ini saya berasa menyesal melakukannya. Ia juga sangat panas: di sebuah dewan lama dan 43 darjah panas terik dan tiada penghawa dingin,” coretnya lagi.

Dia bahkan tidak dibenarkan berehat ketika dia meminta untuk pergi sebentar selama 20 minit untuk minum.

“Panas, lapar, kesal dengan keadaan itu, saya bertanya kepadanya apakah dia yakin, dan dia berkata ya. Oleh itu, saya memadamkan semua gambar yang saya ambil di hadapannya dan pergi dengan mengatakan bahawa saya bukan jurugambar lagi,” tambahnya.

 

Sumber: [1]