Harga Beg Bentuk Kapal Terbang Ini Lebih Mahal Dari Kapal Terbang Sebenar

Direka oleh pereka pakaian terkemuka Louis Vuitton, Virgil Abloh, sebagai sebahagian daripada koleksi musim luruh dan musim sejuk 2021, beg tangan berbentuk kapal terbang ini telah menjadi viral bukan kerana bentuk kapal terbangnya yang unik, tetapi kerana harganya yang lebih mahal berbanding kapal terbang sebenar.

harga beg bentuk kapal terbang ini lebih mahal dari kapal terbang sebenar

Koleksi Virgil Abloh selalu menjadi perhatian peminat dan pengkritik fesyen. Dipekenalkan pada bulan Januari, koleksi lelaki LV's Fall / Winter 2021 menampilkan pelbagai idea hebat, termasuk pakaian yang diilhamkan oleh seni bina terkenal dan mercu tanda terkenal. Tetapi yang benar-benar menarik perhatian orang ramai di internet baru-baru ini adalah beg tangan berbentuk pesawat yang memaparkan simbol ikonik Louis Vuitton, dan harga melebihi RM160,739.

harga beg bentuk kapal terbang ini lebih mahal dari kapal terbang sebenar

Dikenali sebagai beg "Keepall", aksesori aneh itu kelihatan seperti sebuah pesawat komersial mini yang lengkap dengan ekor dan sayap dengan logo khas Louis Vuitton. Seperti kebanyakan aksesori LV, logo syarikat ini berada pada keseluruhan beg tersebut.

harga beg bentuk kapal terbang ini lebih mahal dari kapal terbang sebenar

Foto beg tangan kapal terbang ini telah menjadi viral di laman sosial Twitter selepas seorang pengguna membandingkan harganya yang lebih mahal dengan pesawat sebenar.

Namun tidak jelas sama ada beg tangan ini hanyalah sekadar fesyen atau jika ia benar-benar mempunyai fungsi untuk menyimpan barang di dalamnya.

 

Sumber: CNN International