Saintis mendakwa bayi yang dilahirkan pada tahun 2070 nanti mampu mencapai usia sehingga 150 tahun, kesan daripada kemajuan dalam teknologi penguduran proses penuaan.
Jika benar apa yang didakwa saintis, maka ia dapat menggandakan purata jangka hayat global dan menyelesaikan masalah kesihatan berkaitan dengan usia.
.
Menerusi kajian perintis pada awal bulan ini, saintis didapati berjaya membalikkan proses penuaan pada seekor tikus tua dengan selamat. Disebabkan teknologi itu, saintis meramalkan ia akan diuji kepada manusia dalam tempoh beberapa dekad akan datang.
Profesor Jurg Bahler, ahli generik University College London meamalkan teknologi itu dapat membantu meningkatkan jangka hayat manusia sehingga maksimum satu setengah abad.
.
“Sesetengah orang, termasuk saya sendiri, akan mengatakan bahawa terdapat tahap tertentu untuk kehidupan manusia, kira-kira 150 tahun dan anda tidak boleh melampaui itu.
“Kajian ini akan mengubah perspektif berkenaan,” jelas Bahler.
.
Sumber: [1]