Petani Cipta Bateri AA Boleh Caj Semula Daripada Najis Lembu

Siapa sangka bahan buangan yang biasanya dijadikan baja tanaman ini mampu menghasilkan tenaga elektrik dan berguna kepada manusia?

petani cipta bateri aa bolej caj semula daripada najis lembu

Ia selepas sekumpulan petani di Britain yang telah menghasilkan bateri bersaiz AA dengan menggunakan najis lembu dan memproses bahan buangan itu melalui teknik tertentu.

petani cipta bateri aa bolej caj semula daripada najis lembu

Menurut laporan, bateri yang boleh dicaj semula itu boleh menjadi penyelesaian kepada masalah tenaga kerana 1 kilogram najis lembu mampu menghasilkan 3.75 kilowatt jam (kWh) tenaga elektrik.

 

Tenaga itu cukup untuk menghidupkan sebuah pembersih vakum selama lima jam atau menyeterika pakaian selama 3.5 jam.

 

Bateri itu dibangunkan koperasi tenusu Arla dengan kerjasama pakar bateri, GP Batteries, dengan mendakwa bahawa tenaga yang terhasil daripada najis seekor lembu mampu menghasilkan kuasa kepada tiga isi rumah selama setahun!

 

Hasilnya, najis daripada 460,000 ekor lembu boleh menjana kuasa elektrik kepada 1.2 juta kediaman di Britain.

 

“Terdapat banyak potensi bagi inovasi seperti pencernaan anaerobik untuk menyumbang kepada keperluan tenaga boleh diperbaharui di Britain, sambil mengurangkan pelepasan ladang dengan sesuatu yang tersedia di ladang kami iaitu najis,” kata petani Arla, Neil Ridgway.

 

Biogas yang terhasil kesan daripada penghadam anaerobik akibat ketiadaan oksigen, dibawa ke unit Gabungan Haba dan Kuasa (CHP) untuk menjana tenaga boleh diperbaharui.

 

Sumber: [1]