Terdapat pelbagai ciptaan aneh yang direka di serata dunia. Ada ciptaan yang mungkin berguna dan ada juga yang sebaliknya.
Misalnya sebuah mesin kecil ini telah direka khas untuk orang ramai membasuh jari mereka sebelum atau selepas memakan keropok cip kentang.
Meskipun kedengaran seperti tidak masuk akal, mesin membasuh jari ini memang wujud dan nyata menarik perhatian ramai.
Cara menggunakannya juga mudah iaitu dengan menekan butang on, masukkan jari pada bahagian tersedia dan biarkan seketika untuk semburan cecair beralkohol. Sekali pandang, ia mirip dengan mesin basuh pakaian namun pada skala saiz yang lebih kecil.
Dicipta oleh syarikat keropok cip berjenama Lays, mesin membasuh jari ini berukuran 15 cm tinggi, 11 cm lebar dan ruang pengecasan USB jenis C.
Mesin ini hanya ada lima seumpamanya di dunia dan ia tidak terjual kepada orang ramai, sebaliknya akan menjadi hadiah unik melalui satu kempen khas yang dianjurkan mereka di Jepun.
Sumber: Oddity Central