Awas Trend Hidangan Katak Lembu Hidup Cicah Sos, Undang Risiko Penyakit

Orang ramai khasnya mereka yang berada di Thailand diingatkan untuk tidak mengikut trend terkini yang sedang tular di media sosial kerana ia berisiko menyebarkan penyakit.

awas trend hidangan katak lembu hidup cicah sos, undang risiko penyakit

Trend yang semakin menjadi ikutan di Thailand itu melibatkan hidangan katak lembu yang dicicah bersama sos, mendapat perhatian Kementerian Kesihatan Thailand baru-baru ini.

.

Hidangan itu disediakan dengan memasak katak lembu secara hidup-hidup, lalu dicicah dengan sos pedas dan cili kering sebagai hiasan.

.

Trend itu membimbangkan ramai pakar kesihatan kerana ia mempunyai parasit yang boleh mengundang kepada risiko penyakit.

.

Kementerian Kesihatan Thailand bagaimanapun mencadangkan agar sesiapa yang menyediakan hidangan itu untuk memasak katak tersebut terlebih dahulu.

.

Trend katak lembu adalah versi terbaharu kepada menu sebelumnya yang menggunakan sotong hidup celup sos dan pernah mendapat permintaan di Thailand beberapa bulan lalu. Bagaimanapun orang ramai diberi amaran boleh mengalami keracunan akibat daripada makan sotong mentah ini.

.

Justeru, orang ramai mula menggunakan katak sebagai ganti kerana hidangan katak adalah satu kebiasaan di negara berkenaan, khasnya di timur laut Thailand.

.

Namun, katak yang dihidangkan perlulah dimasak terlebih dahulu kerana ia adalah haiwan amfibia yang biasanya mempunyai parasit yang hidup dalam tubuhnya.

.

Sehingga kini tidak dapat dipastikan kualiti dan khasiat daripada hidangan katak ini, namun ramai yang menganggap katak tinggi protein dan rendah kolestrol berbanding hidangan lain.

.

Sumber: [1]

 

ARTIKEL BERKAITAN