Apa Benda Ni? Gelinya Tengok!

Menerusi satu video viral, kelihatan seperti sekumpulan cacing hitam berkumpul membentuk ‘cacing raksasa’ sehingga menyebabkan ramai bingung melihat video berkenaan.

Difahamkan, video ini dirakam di negara bahagian selatan Santa Catarina.

ee! apa ni?

Sekali pandang 'makhluk pelik' ni macam mind flayer dalam Strager Things pula. Ye kan?

via GIPHY

Tori Silveira, 23, menemui makhluk pelik itu ketika dia dalam perjalanan ke pasar raya. Menurutnya, dia merasa kagum dan bingung pada masa yang sama dengan apa yang dilihat.

Tengok ni.

Wakil dari Zoo London mengatakan bahawa rakaman itu menunjukkan larva serangga, yang mungkin berkumpul bersama untuk mencari tempat perlindungan yang baru sambil bergerak mencari makanan.

Ketua pasukan invertebrat Dave Clarke memberitahu Daily Star: "Mereka mungkin mengubah kedudukan sarang - yang mana menjelaskan kenapa mereka berada di kawasan lapang.

"Mereka tidak agresif - hanya cuba melindungi diri mereka."

Clarke tidak pasti apakah itu sebenarnya, tetapi ia mungkin boleh jadi larva sawfly atau larva lalat gergaji, katanya.

Larva sawfly ini merupakan serangga dalam kumpulan yang sama seperti semut, lebah dan ia terdapat di setiap benua kecuali Antartika.

Sumber: The Sun UK