Angkasawan Kini Dibenarkan Makan Mayat Rakan Lain Jika Tiada Sumber

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) kini membenarkan angkasawannya untuk menjadi kanibal dengan memakan mayat rakan sendiri jika terputus sumber makanan apabila berada di angkasa.

angkasawan kini dibenarkan makan mayat rakan lain jika tiada sumber

Pelbagai program penjelajahan angkasa kini sedang giat dijalankan. Antaranya adalah program koloni planet Marikh dan Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).

angkasawan kini dibenarkan makan mayat rakan lain jika tiada sumber

Untuk rekod, setakat ini sudah 21 angkasawan kehilangan nyawa mereka selama manusia menjalankan eksplorasi ke angkasa lepas.

 

Angkasawan yang meninggal dunia di angkasa tidak melalui proses pereputan cepat seperti di bumi kerana tiada bakteria yang hidup disana. Ia akan masa berbulan-bulan hingga bertahun-tahun lamanya untuk satu-satu mayat untuk mereput.

 

Tambah lagi dengan misi penjelajahan ke planet Marikh yang mungkin menyebabkan bekalan makanan habis atau terputus, NASA kini membenarkan angkasawan mereka untuk makan rakan angkasawan yang sudah mati sebagai sumber makanan.

 

Seperti kata Ketua Pegawai Eksekutif Space X, Elon Musk, ”Sekiranya ingin pergi ke Marikh, bersiap sedialah untuk mati”.

 

Sumber: News24