Anak Patung Lama Ditemui, Netizen Dakwa Ia Berpuaka Mirip Annabelle

Sebuah anak patung lama telah ditemui terbiar dalam hutan dan dipercayai berpuaka, membuatkan warganet berasa seram dan takut.

anak patung lama ditemui, netizen dakwa ia berpuaka mirip annabelle

Anak patung porselain yang dianggarkan berusia 50 tahun itu kelihatan sedikit rosak, dikurung dalam sebuah bekas kaca, mirip filem seram popular, Annabelle.

 

“Anak patung terbiar dari tahun 1970 berukuran kira-kira 89 sentimeter ditemui di dalam bekas gelas,” tulis keterangan dalam hantaran Facebook Antiquated Archaic.

 

Melihat kepada keadaan bekas kaca yang masih baik, ada warganet yang percaya anak patung itu berpuaka dan mempunyai sebab tersendiri mengapa ia dibiarkan sebegitu.

 

Terahulu, Annabelle merupakan anak patung Raggedy Ann yang didakwa oleh ahli demonologi, Ed dan Lorraine Warren sebagai berhantu. Anak patung ini kini diletakkan di dalam sebuah kotak kaca di Muzium Warren Occult di Monroe, Connecticut.

 

Sumber: [1]

 

 

ARTIKEL BERKAITAN