Ibu Trauma, Anak Dua Tahun Diserang Tikus Masa Tidur

Seorang ibu mengalami trauma selepas mendapati anaknya berusia dua tahun berlumuran darah akibat diserang dengan tikus liar.

ibu trauma, anak dua tahun diserang tikus masa tidur

Kejadian berlaku di Walton, United Kingdom sehingga menyebabkan kanak-kanak itu dimasukkan ke hospital selepas diserang haiwan berkenaan semasa sedang tidur.

 

Wanita itu berkongsi pengalaman pahit selepas melihat anaknya berlumuran darah semasa berada dalam biliknya.

ibu trauma, anak dua tahun diserang tikus masa tidur

"Ia seperti sesuatu dari mimpi ngeri atau filem seram, saya masih trauma dengan semua itu.

"Saya mendengar anak saya berusia dua tahun menangis dari katilnya dan apabila saya masuk ke bilik melihat dia berlumuran darah.

"Saya jatuh melutut kerana terkejut, saya tidak tahu apa yang berlaku sehingga saya melihat tikus itu berlari melepasi saya.

"Anak saya yang berusia empat tahun melihat semuanya bersama saya dan sejak itu mengalami mimpi ngeri," katanya.

ibu trauma, anak dua tahun diserang tikus masa tidur

Bayi itu juga telah pulih daripada kecederaan dan bebas daripada sebarang penyakit.

 

Akibat daripada itu juga wanita berkenaan menjadi takut untuk pulang ke rumah dan kini sedang mencari kediaman baharu.

 

Sumber: Daily Star