Ais Batu Grill Kini Menu Popular di China, Ramai Pelik Tak Cair Walau Dibakar

Terdapat pelbagai jenis hidangan unik yang ada di setiap negara, hingga ia menjadi tarikan ramai bukan sahaja kepada pengunjung dalam negara, malah kepada pelancong asing.

 

China merupakan salah satu negara yang menghidangkan pelbagai jenis masakan, baik ia enak dimakan, sehinggalah kepada hidangan pelik dan aneh.

 

Terbaru, satu hidangan jalanan di Nanchang, China menyajikan ais batu yang dibakar atau di grill bersama dengan perasa, sos serta herba, sebelum dihidangkan diatas pinggan.

ais batu grill kini menu popular di china, ramai pelik tak cair walau dibakar

Kedengaran aneh kerana ais batu biasanya akan mencair diatas suhu takat beku, tambah pula apabila ia dibakar atas bara api.

ais batu grill kini menu popular di china, ramai pelik tak cair walau dibakar

Menu ini menjadi popular sekelip mata kerana kata mereka hidangan ais batu grill ini amat enak dimakan khasnya ketika musim cuaca panas.

Rata-rata warganet yang melihat hidangan itu berasa pelik dan curiga dengan rasa serta penyediaan ais batu tersebut yang tidak pula mencair ketika dibakar atas bara api.

 

Adakah anda akan mencuba hidangan ini jika diberi peluang? Jom kongsi pada komen!

 

Sumber: Oddity Central