5 Jenis Candy Pelik Yang Terdapat Di Pasaran

Tak kira yang muda atau yang dewasa kita semua sukakan makanan yag manis especially gula gula ataupun coklat. Actually banyak jenis gula gula yang pelik yang mungkin korang tak pernah cuba.. Jom tengok!

1. KARAMEL KAMBING

5 jenis candy pelik yang terdapat di pasaran

Produk gula gula ini adalah dari daging cincang barbeku yang juga dipanggil ‘Genghis Khan’ di Hokkaido Jepun. Rasanya seperti kari kambing dengan sedikit rasa manis.

2. SALSAGHETI

5 jenis candy pelik yang terdapat di pasaran

Dengar macam bunyi pasta, tapi ia adalah jaluran gula gula pedas yang asal dari Mexico. Gula gula perisa tembikai disaluti serbuk cili, asam jawa dan gula batu. 

3. COKLAT LIDAH KUCING

5 jenis candy pelik yang terdapat di pasaran

Coklat yang sangat popular di Czech Republic bernama ‘Kocici Jazycky’ bermaksud lidah kucing. Ia adalah coklat susu yang manis, berbentuk lidah kucing. Memang popular di beberapa negara Eropah.


4. BOTAN RICE CANDY

5 jenis candy pelik yang terdapat di pasaran

Gula gula lemon dibungkus dalam kertas nasi yang boleh dimakan begitu saja dengan kertas bungkusannya sekali. Gula gula ini tak begitu manis tapi yang menariknya ialah kertas pembungkus yang boleh dimakan.


5. BAR COKLAT PERISA KEJU & BAWANG

5 jenis candy pelik yang terdapat di pasaran

Di inpirasikan daripada kerepek yang terkenal oleh syarikat Tayto di Ireland. Ramai yang membuat liputan pabila Tayto memperkenalkan kerepek keju dan bawang dalam bentuk coklat. WOW!

Oleh: Khalie Azmi