Seorang lelaki bernama Aaron Southard, 33, hanya mampu menggeleng kepala dengan tabit isterinya, Sarah yang sering membeli barang-barang secara rawak dalam talian.

Terbaru, Aaron tidak dapat menahan gelaknya lagi apabila isterinya didapati membeli satu barang aneh, iaitu sebuah katil kecil khusus untuk span basuh pinggan.
Katil tersebut mempunyai reka bentuk unik yang malah lengkap dengan bingkai katil plastik dan dua bantal putih yang kecil.
Aaron memuat naik gambar katil tersebut di Twitter berserta kapsyen: “Memang isteri saya pernah memesan beberapa barang sia-sia sebelum ini tapi kali ini ia lain macam. Katil untuk span basuh pinggan.
“Sudah menjadi kebiasaan untuk saya menerima bungkusan hampir setiap hari kerana dia kerap memesan semua jenis barang jadi saya ingatkan ia tiada apa-apa.
“Ketika dia mengeluarkannya dari kotak, saya hanya ketawa, saya tidak percaya betapa ia tidak masuk akal.
“Yang lucunya ialah kami berdua terlalu takut untuk mengotorkan barang tersebut sehingga tiada antara kami yang berani menggunakannya.”
Kongsi Aaron lagi, katil yang dibeli khusus untuk span basuh pinggan itu sebenarnya bukan yang pertama seumpamanya yang pernah dibeli isterinya.

Terdahulu, Sarah pernah membeli taman air kembung gergasi dan kerusi telur (egg chair) khusus untuk Aaron bermain game.
Sumber: [1]