Song Joong Ki Kongsi Memori Masa Kecil, Katanya Dulu Budak Nakal!

Pelakon terkenal Korea Selatan, Song Joong Ki berkongsi cerita melucukan mengenai kisah zaman kanak-kanaknya yang penuh kenakalan.

song joong ki kongsi memori masa kecil, katanya dulu budak nakal!

Pada 7 Mei lalu, pelakon berusia 35 tahun itu mengadakan perjumpaan peminat dalam talian menerusi Song Joong Ki, Live, yang mana dia meluangkan masa berinteraksi dengan mereka.

Ketika berlangsungnya perjumpaan tersebut, Song kemudian sempat berkongsi mengenai ceritanya pada zaman kanak-kanak, yang mana, dia menunjukkan koleksi foto bayinya yang comel.

Ketika ditanya hos apakah dia merupakan seorang kanak-kanak yang sukar dibesarkan, Song dengan jujurnya memberi jawapan yang berbunyi, ‘sangat’.

Dia mengimbas kembali tentang kesukaran yang dihadapi ibu bapanya ketika membesarkannya sebagai seorang kanak-kanak.

song joong ki kongsi memori masa kecil, katanya dulu budak nakal!

Katanya, “Ini yang saya dengar daripada ibu bapa saya tetapi kalau anda melihat foto-foto bayi saya, rambut saya diikat dalam kebanyakannya.”

Dia juga sempat bercanda, sekiranya ibu bapanya itu sebenarnya mengharapkan agar mereka menimang anak perempuan.

“Saya rasa ibu bapa saya mahukan anak perempuan sebagai anak kedua mereka sehingga mereka mengikatnya seperti itu. Saya juga diberitahu bahawa saya akan marah apabila orang dewasa mengatakan saya cantik.”

Selain itu, dia juga mengejutkan ramai peminat apabila dia berkongsi bahawa dirinya versi kecil merupakan seorang yang sangat nakal, hinggakan dia pernah memecah tangki ikan di kelas sebanyak tiga kali dalam setahun, ketika masih berada di tadika!

“Saya berada di kelas bunga aprikot tetapi saya selalu berada di kelas bunga azalea kerana gadis yang saya suka ada di sana. Saya tidak terkawal,” ujarnya.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN