Memang tak dapat nak dikawal kalau sesuatu rancangan tu diadakan secara langsung. Sebab tu lah kadang-kadang berlaku perkara yang tak dapat nak dielakkan.
Contohnya macam kejadian baru-baru ni dalam program Sahabat Ramadan kendalian Fakhrul UNIC, Ustazah Farhatul Faizurah dan Ustaz Abdul Karim.
Kejadian berlaku rancangan tersebut menerima panggilan daripada penonton. Jadi, selalunya pengacara akan bertanyakan nama dan tempat tinggal penonton tersebut. Tetapi, apabila Fakhrul bertanyakan perkara itu, penonton tersebut seolah-olah memarahi Fakhrul kerana namanya sudah pun muncul pada kaca televisen.
Respond daripada pemanggil yang dikenali sebagai Mohd Ilham itu benar-benar menggelikan hati ketiga-tiga pengacara dan masig-masing cuba menahan gelak. Perkara itu juga terjadi kepada krew di belakang tabir. Sehinggakan rancangan terpaksa diberhentikan dan memberi laluan kepada iklan.
Memang kelakar lah adik Ilham ni yang dikatakan berusia 12 tahun ni. Perkara tersebut dikongsikan oleh Fakhrul sendiri melalui instagramnya.
Rancangan Sahabat Ramadan ditayangkan di Astro Oasis setiap hari jam 5.30 petang. Dengar kata, minggu ni dah minggu last.
Sumber: Instagram Fakhrul UNIC