Usahawan Beli Kelab Bola Untuk Dia & Anaknya Jadi Pemain Utama

Seorang usahawan dan juga pengusaha dari China baru-baru ini dilaporkan telah membeli sebuah kelab bola sepak, agar dia dan anaknya yang mempunyai berat badan berlebihan dapat bermain dalam pertandingan rasmi.

usahawan beli kelab bola untuk dia & anaknya jadi pemain utama

He Shihua, seorang usahawan berusia 35 tahun yang meminati bola sepak bersama anak lelakinya yang mempunyai berat badan mencecah 126 kilogram, kini merupakan antara barisan utama dalam kelab bola sepak berkenaan, walaupun kedua mereka tidaklah handal bermain bola.

 

Shihua yang juga pemegang saham utama Zibo Cuju Football Club, sebuah pasukan di divisyen kedua China sanggup menempah nombor 10 untuk dirinya sendiri dan bertindak sebagai penyerang dalam kelab bola sepak terbabit.

 

Selain meletakkan dirinya sebagai penyerang, beliau juga telah memasukkan anaknya dalam kesebelasan utama, meskipun anak lelakinya itu tidak mempunyai kemahiran dan kebolehan sebagai atlet pemain bola sepak profesional.

usahawan beli kelab bola untuk dia & anaknya jadi pemain utama

Anaknya dilaporkan mempunyai berat 126 kilogram, yang tidak begitu sesuai untuk pemain bola sepak, dan jika dilihat dari klip viral dia bermain, dia bukanlah bagai Leionel Messi di atas padang. Namun, rakan sepasukannya yang lain tidak dapat mengeluh bagi terus mengekalkan pekerjaan mereka dalam kelab bola sepak terbabit.

Keputusan Shihua untuk menggunakan kelab itu sebagai jalan untuk dirinya sendiri dan anaknya yang berlebihan berat badan untuk bermain bola sepak, telah mendapat beberapa pujian. Ia kerana sifat keberanian untuk mengejar cita-citanya sendiri, meskipun mendapat kecaman oleh beberapa pihak.

 

Setakat ini, kedua penyerang berbisa ini masih belum membuktikan bakat dan sumbangan mereka, kerana kelab Zibo Cuju adalah kelab yang terakhir dalam liga, dengan hanya satu mata dari lima perlawanan.

 

Sumber: OddityCentral