Pelakon terkenal Zul Ariffin menarik perhatian ramai selepas videonya ketika sedang berdoa meminta dikurniakan jodoh di Jabal Rahmah, Mekah.
Menariknya, Zul dilihat membaca doa untuk diberikan jodoh namun menyebut nombor empat dalam bahasa Arab iaitu arba’a sekali gus membuatkan ramai tertanya-tanya sama ada dia mahu beristeri empat.
Namun begitu, Zul terus membetulkan doanya dan menegaskan hanya mahu seorang sahaja calon isteri.
“Allahumma Zawwijni seorang sahaja (jodoh).
“Kadang-kadang apabila berdoa ini pun kita boleh tersasul, mungkin sebab cuaca.
“Jom kita doa banyak-banyak tak kira di mana sekali pun,” katanya.
Difahamkan, Zul berada di Tanah Suci bersama keluarganya bagi menunaikan ibadah umrah.
Sumber: Kosmo