Akibat Muatnaik Babak Panas, Zul Ariffin Didenda RM30,000

Pelakon, Zul Ariffin kini dikenakan hukuman denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Sepang selepas memuatnaik babak panas menerusi laman sosialnya.

akibat muatnaik babak panas, zul ariffin didenda rm30,000

Menurut Hakim Noorhisham Mohd Jaafar, sekiranya pelakon itu gagal membayar denda tersebut, beliau boleh dikenakan penjara sembilan bulan.

 

Pelakon itu bagaimanapun telah membayar denda tersebut.

 

Berdasarkan pertuduhan, Zul Ariffin, 36, mengaku sedar membuat dan memulakan penghantaran video bersifat sumbang dengan niat menyakiti hati orang lain pada 18 Mac 2022. Hantaran video itu kemudian telah mendapat perhatian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Cyberjaya pada 21 Mac.

 

Pendakwaan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya SKMM Fazril Sani Mohamed Fadzil mengikut Seksyen 223(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

 

Peguam Zul Ariffin kemudian memohon mahkamah untuk meringankan hukuman tersebut atas alasan anak guamnya telah memadamkan kandungan itu serta tidak mengulangi perbuatan itu selepas kejadian.

Sumber: Sinar Harian