“Selagi Bawa Gelaran ‘J’ Orang Akan Terus Mengata..” – Ziana Zain

Penyanyi, Ziana Zain, 55, mengakui bukan senang untuk hidup sebagai ibu tunggal kerana banyak perkara perlu ditempuh, antaranya adalah mulut orang lain.

“selagi bawa gelaran ‘j’ orang akan terus mengata..” – ziana zain

Menurut beliau, itu hakikat kehidupan yang dihadapinya sejak bergelar ibu tunggal sejak empat tahun lalu.

 

Bagaimanapun, penyanyi popular itu terus menguatkan hati dan semangat, serta kekal positif demi anak-anak.

 

“Orang akan umpat sampai mati, selagi bergelar ibu tunggal, selagi bawa gelaran ‘J’ orang akan terus mengata macam-macam.  Ngeri kalau nak fikir sebenarnya,” jelas Ziana yang berpisah pada 2018.

“selagi bawa gelaran ‘j’ orang akan terus mengata..” – ziana zain

Selain anak-anak, ibu dan bapanya turut memberi sokongan selama dirinya hidup bersendirian, malah turut mengingati bahawa Allah sentiasa ada untuknya sebagai tempat memohon perlindungan.

 

“Saya minta Allah jaga saya, saya pun jaga maruah diri, untuk diri dan anak-anak. Saya selalu fikir, macam-mana nak hidup nak jaga anak kalau mak ayah dah tiada nanti, tapi mak kata, tak mengapa, Allah ada,” luahnya lagi.

 

Pemilik nama sebenar Siti Roziana Zain ini berkata lagi, antara umpatan yang diterimanya termasuklah soal keluar rumah bekerja hingga lewat malam, pemakaian dan juga imej wanita bergelar ibu tunggal.

“selagi bawa gelaran ‘j’ orang akan terus mengata..” – ziana zain

Disebabkan umpatan itu, beliau akui pernah menangis, namun enggan memikirkannya lagi.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by HibGlam (@hibglam.com.my)

 

Terdahulu, Ziana pernah berkahwin bersama seorang bekas pramugara dan dikurniakan empat orang cahaya mata. Namun, Ziana telah membuat laporan polis terhadap suaminya itu atas dakwaan melakukan kekerasan pada 27 Feb 2018. Pasangan ini bercerai kemudiannya pada 12 Julai 2018.

 

Sumber: Kosmo! / Hib Glam