Tak Kisah Apa Orang Kata, Yonnyboii Perlu Isteri Sentiasa Ada Di Sisi

Penyanyi, Yonnyboii tidak mempedulikan kata-kata netizen mengenai tindakannya yang sentiasa berkepit dengan isteri, Nik Nazira Narriman walau ke mana sahaja.

tak kisah apa orang kata, yonnyboii perlu isteri sentiasa ada di sisi

Menurut pemilik nama sebenar Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 24, beliau memerlukan kehadiran isterinya sentiasa disisi kerana ia memberikan ketenangan buatnya.

 

Yonnyboii menambah beliau enggan ambil peduli akan apa yang dikatakan orang lain kerana setiap orang ada pandangan berbeza. Buat dirinya, dia akan menjadi gementar apabila berhadapan dengan orang lain tanpa kehadiran isterinya itu.

 

“Clingy? Biarlah orang nak cakap apa sebab setiap orang, pandangannya berbeza-beza. Bagi saya, dalam apa juga keadaan, saya perlukan dia. Kalau tiada dia di sisi, saya jadi gementar untuk berdepan dengan orang.

“Saya memang mahu dia sentiasa di sisi. Isteri adalah sistem sokongan saya,” katanya ketika ditemubual,” katanya.

tak kisah apa orang kata, yonnyboii perlu isteri sentiasa ada di sisi

Menurut Yonnyboii lagi, hanya isterinya sahaja yang faham keadaan dirinya yang menghidap Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) atau sindrom kurang daya tumpuan dan hiperaktif.

 

Terdahulu, Yonnyboii telah mendirikan rumah tangga bersama isterinya pada 20 November 2021.

tak kisah apa orang kata, yonnyboii perlu isteri sentiasa ada di sisi

Sumber: Gempak