Tindakan Malaysia Menangani Melawan Coronavirus Dipuji Pegawai WHO

tindakan malaysia menangani melawan coronavirus dipuji pegawai who

Wakil WHO ke Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura, Dr Lo Ying-Ru memuji usaha Malaysia dalam menangani masalah jangkitan novel Koronavirus.

Beliau berkata, pihak kerajaan bertindak dengan cemerlang dalam menjalankan siasatan kesnya dan juga bersifat telus bukan sahaja kepada WHO juga kepada orang ramai.

"Kami (WHO dan orang ramai) boleh melihat semua maklumat, dan maklumat itu dikeluarkan dengan pantas di media sosial serta laman sesawang kementerian kesihatan, jadi saya rasa mereka telah melakukannya dengan baik sekali.

"WHO juga sentiasa berhubung dan berkongsi maklumat (dengan pihak berkuasa Malaysia), seperti garis panduan terkini... mereka meminta (garis panduan dalam menangani koronavirus) dan menggunakannya. (Secara keseluruhan) mereka begitu bersedia, berani dan rajin," katanya ketika tampil dalam satu program di Bernama TV.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad telah mengadakan sidang media dengan memaklumkan bahawa dua rakyat Malaysia yang baru sahaja dibawa pulang dari Wuhan telah didapati positif virus tersebut.

Sehingga kini, jumlah mangsa yang didapati positif menghidap virus itu adalah sebanyak 12 kes.

Jadi kepada korang semua, kalau korang ada tanda-tanda seperti penyakit pernafasan seperti batu, bersin atau sesak nafas, korang semua digalakkan untuk mendapat nasihat perubatan.

Sumber: Astro Awani



 

ARTIKEL BERKAITAN