Pelakon, Intan Ladyana baru-baru ini dilapor sedang hamil anak kedua, seperti yang dimaklumkan suami, Harris Alif.
Baca: Intan Ladyana Kini Hamil Anak Kedua, “Ya, Usia Kandungan Rahsia” – Harris Alif
Baru-baru ini, menerusi video di Tiktok, netizen mendakwa terlihat bentuk perut Intan yang sedang hamil itu, ditambah pula dengan wajahnya yang semakin berseri-seri.
Selain itu, netizen dilihat turut mengagumi kecantikan pemilik nama sebenar Nurladyana Mohamat Yahaya, 41, yang kini berhijab dan merupakan ibu kepada seorang cahaya mata perempuan, Evie Khadeeja, 2.
Terdahulu, kedua pasangan ini selamat berkahwin pada 5 Februari 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Evie Khadeeja, yang kini hampir memasuki usia dua tahun.
Sumber: Tiktok