Siri animasi legenda Malaysia yang amat popular dan menjadi fenomena sejak lebih dua dekad lalu, Keluang-Man, bakal dibawa ke layar perak.
Keluang-Man versi ‘live action’ ini diterbitkan oleh Astro Shaw dan bakal diarahkan pengarah siri High Council dan juga penulis filem Polis Evo, Anwari Ashaf Hashim.
Sejak beberapa bulan lalu, produksi filem Keluang-Man sedang giat mencari bakat yang sesuai dengan watak utamanya.
Difahamkan, pelakon yang akan membawa watak sebagai Keluang-Man itu juga sudah ditemui, dan Astro Shaw ada berkongsikan tiga clue yang merujuk kepada pelakon tersebut, iaitu:
Clue pertama: Pernah membintangi drama bersiri remaja popular.
Clue kedua: Pernah menceburi bidang muzik.
Clue ketiga: Pernah menyertai program realiti TV.
Warganet dilihat mula berteka-teki dengan identiti pelakon yang akan membawa watak sebagai Keluang-Man ini.
Semuanya akan terjawab pada 28 November ini. Sama-sama kita nantikan!