Wanita Umur 62 Tahun Tunjuk Bakat Main Roller Skate, Curi Tumpuan Ramai

Seperti yang semua tahu, nak main roller skate ni bukan lah mudah kan? Perlukan latihan dulu baru boleh main seperti professional! Dan permainan roller skate ni pula memang cukup diminati oleh orang-orang muda, jarang nak nampak mak-mak atau ayah kita main kan? 

wanita umur 62 tahun tunjuk bakat main roller skate, curi tumpuan ramai

Haa tapi jangan terkejut, baru-baru ni viral di Tiktok sebuah video yang dikongsi oleh @hananrahman86 menunjukkan ibunya yang berumur 62 tahun main roller skate dengan tenangnya. Siap ada gaya lagi! 

 

@hananrahman86 Aku tercabar đŸ˜© #fyp #ForYourPage #shouldbeme #TrendingMalaysia #MalaysiaTiktok ♬ SWIPE - ALYPH

“Aku tercabar” itulah kapsyen yang ditulisnya apabila Ibunya dilihat bermain roller skate dengan lancar sekali sambil dikelilingi orang muda.

Tapi sebenarnya sejak zaman 80 dan 90-an lagi permainan roller skate ni sudah menjadi hobi mereka dan tidak hairanlah kalau kita nampak makcik-makcik atau pakcik-pakcik kita pandai main roller skate! 

Rata-rata netizen juga terhibur dan kagum melihat aksi makcik ini. Memang power lah! 

wanita umur 62 tahun tunjuk bakat main roller skate, curi tumpuan ramai

wanita umur 62 tahun tunjuk bakat main roller skate, curi tumpuan ramai
 

Sumber Tiktok @hananrahman86