Kejadian di negara jiran, seorang wanita sanggup berpura-pura telah meninggal dunia hanya kerana tidak mahu melangsaikan hutangnya.
Wanita tersebut difahamkan telah memuat naik satu posting di akaun Facebook anaknya dan mengatakan yang dia telah meninggal dunia akibat kemalangan.

Menerusi perkongsian itu, wanita berkenaan menunjukkan beberapa gambarnya seolah sudah menjadi jenazah yang siap dibalut dengan kain kafan.
Manakala menurut pemiutang pula, dia sudah beberapa kali meminta wanita berkenaan untuk membayar hutangnya tetapi bermacam alasan telah diberikan kepadanya.
Walau bagaimanapun, anak kepada wanita berkenaan akhirnya tampil mendedahkan perkara sebenar dan memberitahu ibunya sebenarnya masih hidup. Dia bertindak sebegitu kerana tidak mahu membayar hutang. Anaknya juga tampil memohon maaf bagi pihak ibunya.
Sumber: Detik