Virus Nipah, Bermula Dari Malaysia Dan Meragut Hampir 105 Nyawa

virus nipah, bermula dari malaysia dan meragut hampir 105 nyawa

Ketika ini novel koronavirus atau dikenali sebagai COVID-19 yang bermula di Wuhan, China menjadi ancaman kepada penduduk dunia. Pelbagai cara dan langkah telah diambil oleh kerajaan dunia untuk memberhentikan wabak ini. Bagaimanapun, masih belum ada vaksin yang boleh merawat virus ini.

Namun, tahukah korang bahawa Malaysia pun pernah ada satu virus dan pernah memberi ancaman kepada dunia?

Nipah Virus. Nama pun macam familiar je kan? Sebenarnya, nama Nipah tu diambil bersempena dengan nama tempat virus itu terjadi iaitu Kampung Sungai Nipah dan Bukit Pelandok di Negeri Sembilan.

Kejadian ngeri ini telah menghantui penduduk di Malaysia pada tahun 1999 apabila penyakit itu telah meragut 105 nyawa.

Individu yang telah berjaya menyelamatkan Malaysia daripada terus diancam akan virus tersebut adalah seorang pelajar PhD pada ketika itu,  Chua Kaw Bing. Kini beliau merupakan seorang doktor. Beliau telah bercerita kepada Sinar Harian, bagaimana beliau dan kumpulannya telah cuba untuk melawan virus berkenaan.

Dr Chua berkata pada awalnya mereka menyangkan virus nipah itu dibawa oleh nyamuk. Jadi, pihak kerajaan telah mengambil langkah yang salah. Selepas beberpa kaji selidik akhirnya mereka menemui virus tersebut dibawa oleh khinzir.

Menyedari perkara tersebut, beliau terus memaklumkan kepada pihak kerajaan supaya menukar cara pencegahan. Akhirnya, pihak kerajaan telah menghantar tentera untuk melakukan langkah drastic di mana mereka telah menghapus khinzir-khinzir di kawasan tersebut.

Khinzir-khinzir itu telah ditembak sebelum dikambus dalam satu lubang di kawasan Sungai Nipah dan Bukit Pelandok. Selepas 1 juta ekor khinzir dihapuskan, ternyata apabila yang dilakukan dan penemuan Dr Chua itu adalah benar.

Habis di Malaysia, pada 31 Januari 2001, virus yang sama telah menyerang Bangladesh. Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hampir 100 kematian direkodkan di Banglades dan masih tiada vaksin yang boleh melawan virus tersebut.

Sumber: Sinar Harian