Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali adalah satu nama yang mungkin tidak asing lagi dalam industri seni tanah air.
Beliau yang terkenal dengan lagu Katakan Saja, Cemburu dan juga Pematah Hati, telah mencuri perhatian ramai dengan satu video pendek di TikTok dan Instagram.
Nabila, 30, telah berkongsi video menunjukkan beliau sedang mengejutkan penonton untuk bangun bersahur dengan nada yang cukup manja.
“Hai awak, good morning.
“Awak bangunlah, dah sahur dah ni nanti tak sempat nak sahur.
“Awak bangun ok, saya dah masak dah lauk favourite awak. Jom kita sahur?
“Haa kan hensem tu buka mata. Dah jom!,” kata Nabila dalam video berdurasi 38 saat itu.
Video tersebut nyata mencuri hati ramai pengikutnya di media sosial.
Dalam perkembangan lain, Nabila Razali kini tampil dengan lagu berjudul Tulus, kolaborasi bersama Adi Priyo, komposer dan lirik hasil nukilan Aiman Sidek.
Sumber: Nabila Razali