Vaksin Cacar Monyet Akan Diusulkan Jika Ada Keperluan

Ekoran daripada kebimbangan wabak cacar monyet yang sedang melanda beberapa negara di dunia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hanya akan mengusulkan cadangan untuk mendapatkan vaksin cacar monyet jika terdapat keperluan di masa akan datang.

vaksin cacar monyet akan diusulkan jika ada keperluan

Perkara itu dijelaskan Pakar Penyakit Berjangkit Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR), Dr Mohd Noor Azreey sambil berkata ketika ini penghasilan vaksin cacar monyet adalah kepada negara-negara berisiko tinggi terhadap jangkitan virus berkenaan.

.

"Sebelum ini kita ada Smallpox Vaccine, memang kita tahu ia membantu dalam pencegahan cacar monyet. Malangnya Smallpox vaccine kita sudah hentikan. Penghasilannya ada, tetapi mereka simpan di sesetengah negara dan beri di kawasan berisiko tinggi.

"Dalam negara tidak ada kes, setakat ini vaksin itu tidak bergerak ke negara berkenaan. Mesyuarat KKM dengan pihak berkepentingan termasuk pihak farmasi hanya akan mengusulkan bila ada keperluan.

"Setakat ini kita masih dalam tempoh nak melihat apa akan berlaku di masa akan datang dan kita nak tengok keperluan program vaksinasi ini jika kita boleh tambah vaksin cacar monyet," katanya.

vaksin cacar monyet akan diusulkan jika ada keperluan

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin juga berkata KKM masih belum mempunyai perancangan untuk melakukan imunisasi secara besar-besaran membabitkan virus cacar monyet. Malah, Malaysia juga belum mencatatkan sebarang kes cacar monyet setakat ini.

.

Cacar monyet boleh dijangkiti apabila berlakunya kontak dengan seseorang. Gangguan terhadap habitat monyet merupakan punca kenapa virus berkenaan mula berhijrah dan menjangkiti manusia, selain sikap manusia yang suka memakan makanan eksotik.

.

Sumber: [1]