Pelakon jelita, Uqasha Senrose yang kini sedang hamil anak pertama bersama suami yang juga pelakon Kamal Adli memilih untuk tidak melakukan trend ‘gender reveal’ ala barat untuk mengumumkan jantina anaknya.

Sebaliknya pasangan ini akan mengikut budaya Melayu dengan mengadakan sebuah majlis doa selamat. Tambahnya, mereka kini sangat berhati-hati dengan kehamilan kali ini dan mahu merahsiakan jantina bayi.
“Sebab pernah keguguran sebelum ini saya memang sangat berhati-hati. Jadi, saya dan Kamal sepakat untuk tidak mahu mengetahui jantina bayi.

Walaupun sangat teruja untuk menyambut kedatangan anak pertama, Uqasha berkongsi dia terpaksa berdikari sepanjang tempoh kehamilan kerana Kamal kini terlibat dengan penggambaran drama di luar daerah.
Namun, Kamal meminta ibu Uqasha dan kakaknya untuk menjaga dan menemaninya di rumah.
Sumber: Kosmo