UPSR Mansuh, PT3 Dibatalkan – Menteri Pendidikan

Kerajaan hari ini memutuskan bahawa Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dimansuhkan sepenuhnya mulai tahun ini manakala Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dibatalkan untuk tahun ini.

upsr mansuh, pt3 dibatalkan – menteri pendidikan

Memetik kenyataan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, keputusan itu dibuat berdasarkan kajian dan libat urus bersama pihak berkepentingan.

 

Ekoran daripada pemansuhan UPSR dan pembatalan PT3, maka Kementerian Pendidikan akan melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)  untuk mengukur pencapaian murid terlibat.

 

“Bagi murid sekolah rendah, kita akan perkasa PBD bermula tahun 2021 untuk bagaimana pentaksiran diadakan.

“Pemansuhan UPSR dibuat setelah kita membuat libat urus dengan pelbagai pihak termasuk ibu bapa, guru dan murid. Malah pagi ini saya telah bentang memorandum Jemaah Menteri, untuk pemansuhan UPSR sepenuhnya bermula 2021.

“Bagi PT3 pula, antara asas dipertimbangkan adalah mengambil kira masa yang ada murid untuk buat persediaan secara bersemuka dengan guru, keadaan penularan pandemik belum ditangani sepenuhnya dan keadaan semasa,” katanya.

 

Selain itu, pelajar yang ingin memasuki ke sekolah berasrama penuh untuk tingkatan satu dan empat akan dinilai berdasarkan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).

 

Sumber: Astro Awani