TERKINI: Tun Mahathir Kembali Menjawat Pengerusi BERSATU

 

terkini: tun mahathir kembali menjawat pengerusi bersatu

Tun Dr Mahathir baru sahaja kembali menjawat jawatannya sebagai Pengerusi Parti Pribum Bersatu Malaysia (Bersatu).

Perkara ini disampaikan oleh Setiausaha Agung parti tersebut, Datuk Marzuki Yahya dan dilaporkan oleh BERNAMA.

 “Perkembangan lain akan dimaklumkan nanti,” kata Marzuki.

Pada hari Isnin yang lalu, Perdana Menteri, Dr Mahathir telah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri selepas menghantar surat kepada Yang Di-Petuan Agong. Selepas itu, beliau turut melepaskan jawannya sebagai Pengerusi Parti Bersatu.

Bagaimanapun, parti tersebut menolak peletakan jawatan beliau.

Sumber: Twitter BERNAMA

ARTIKEL BERKAITAN