Penyanyi, Fuad Rahman menyifatkan pertemuan semula bersama bekas kekasih, Tom, yang kini sah menjadi isterinya adalah sebagai satu hikmah.
Ujar Fuad, Tom diibaratkan sebagai tulang rusuk miliknya yang selama ini hilang dan tercari-cari.
“Saya menganggap detik kami disatukan kembali dan kemudian sah bergelar suami isteri sebagai sebuah hikmah. Saya rasa Tom adalah tulang rusuk saya yang selama ini hilang.
“Dia ialah rusuk yang selama ini saya tercari-cari dan akhirnya ketemu di pentas Gegar Vaganza. Tidak membuang waktu, saya terus lamar dia untuk jadi kekasih hati saya.
“Kemudian beberapa bulan saya lamar dia untuk menjadi isteri dan dia terima. Saya langsung tak mampu nak gambarkan betapa gembiranya perasaan saya,” kata Fuad kepada Gempak.
Kedua pasangan ini juga selesai melangsungkan majlis resepsi perkahwinan yang diadakan di Foodstival anjuran Star Vendors di Pasir Gudang, Johor, hujung minggu lalu. Majlis itu ditaja sepenuhnya oleh pihak Star Vendors dengan jumlah tajaan RM1 juta.
Dalam pada lain menurut Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram, detik pertemuan semula bersama Fuad itu dianggap sebagai jodoh yang sudah ditetapkan oleh Tuhan.
Sumber: Astro Gempak