Tom GV9 Dedah Pernah Hilang Berhari-Hari Disorok Bunian, “Bumbungnya Segi Tiga..”

Penyanyi, Tom mendedahkan beliau pernah berhadapan dengan pengalaman disorok bunian hinggakan dia hilang selama berhari-hari.

usia kandungan cecah tiga minggu, tom akui alami keguguran

Menurut pemilik nama sebenar Raja Farah Afzal Raja Ikram itu, kejadian berlaku ketika usianya tiga tahun di kampungnya dekat Kuala Kangsar, Perak.

 

“Keluarga cakap saya kena sorok dengan bunian tapi tak tahulah betul atau tak, cuma saya ingat saya di sebuah perkampungan, pasirnya putih bersih, rumah dekat-dekat dan bumbungnya berbentuk segi tiga.

“Rumah kecil sahaja dan pintunya ditolak dari bawah ke atas dan diperbuat daripada daun. Penghuni pula semua perempuan dan mereka sambut Tom yang menangis ketakutan.

"Mereka pujuk dan dukung Tom sambil ajak menyanyi dengan mereka. Selepas itu, Tom tak ingat apa-apa,” tulisnya dalam hantaran Instagram Story.

tom gv9 dedah pernah hilang berhari-hari disorok bunian, “bumbungnya segi tiga..”

Kehilangannya itu telah mencetuskan kekecohan ahli keluarga serta jiran tetangga.

 

Tambah Tom lagi, keluarga terdekat menjumpainya dalam keadaan sedang tidur nyenyak di rimbunan semak.

 

“Nenek menangis tengok orang kampung hantar saya balik sampai di depan rumah tetapi bukanlah perempuan tadi, makcik dan pakcik tua yang sekampung dengan kami.

“Katanya mereka nampak Tom sedang tidur dalam semak. Sampai sekarang Tom dan keluarga tak boleh lupa kejadian itu. Emak pun ada cerita pada suami.

“Benar atau tidak Tom kena sorok dengan bunian, wallahualam,” luahnya lagi.

 

Dalam perkongsian itu, peserta Gegar Vaganza musim ke-9 ini turut memuatnaik gambar seakan-akan bayangan perkampungan bunian yang dimaksudkannya itu.

 

Sumber: Instagram Tom