Alami Alahan Teruk Sebab Hamil, Tom Kata Bau Suami Pun Boleh Buat Loya

Penyanyi, Tom, yang kini sedang hamil dua bulan, dilapor mengalami alahan kehamilan teruk hingga memaksanya menolak tawaran persembahan buat sementara waktu.

usia kandungan cecah tiga minggu, tom akui alami keguguran

Menurut pemilik nama sebenar Raja Farah Afzal Raja Ikram, rutin hariannya terganggu kerana keadaan kesihatannya yang kurang mengizinkan ketika ini.

 

"Setiap kali hamil saya memang mempunyai alahan yang teruk. Lagipun apabila semakin meningkat usia, badan semakin lemah berbanding dulu. Kali terakhir mengandung adalah 10 tahun lalu, namun diberikan rezeki untuk mengandung lagi.

"Sebelum ini tiada rezeki kerana saya memang seorang yang lasak dan banyak 'show', namun kali ini terpaksa kurangkan kerana kesihatan pun tidak mengizinkan.

"Alhamdulillah selepas mendirikan rumah tangga dengan Fuad, saya banyak ditawarkan untuk membuat persembahan di Singapura. Pakej suami isteri dan menumpang rezeki Fuad di sana.

"Namun buat sementara waktu ini, saya terpaksa menolak dulu persembahan kerana badan tidak kuat. Hanya mampu baring. Kalau makan mesti muntah. Bukan 'morning sickness' tetapi pagi petang, siang dan malam," katanya.

 

Tambah Tom lagi, deria baunya juga menjadi agak sensitif ketika hamil ini dan tidak dapat memasak kerana alahan yang dialami.

fuad rahman akui pernah curang dengan tiga wanita sekaligus masa bercinta dengan tom

"Saya tidak boleh menghidu sesuatu yang terlalu wangi dan sebarang bau-bauan. Malah, bau anak-anak dan suami pun boleh membuatkan saya pening dan loya.

"Oleh itu, sepanjang tempoh ini saya pun tidak boleh memasak kerana tidak tahan dengan bau. Memang lemah betul keadaan saya ketika ini," katanya.

 

Sumber: HMetro