Tiket KTMB Untuk Pulang Hari Raya AidilAdha Mula Dijual Esok

 tiket ktmb untuk pulang hari raya aidiladha mula dijual esok

Berita gembira untuk mereka yang berada di perantauan. Mulai esok korang dah beli tiket Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) untuk pulang beraya ke kampung sempena AidilAdha.

Menurut Ketua Komunikasi Strategiknya, Ahmad ‘Asri Khalbi berkata penjualan tiket bagi perkhidmatan kereta api elektrik (ETS) dan Antarabandar itu adalah bagi perjalanan di antara 15 Julai hingga 30 September depan.

“Sebanyak 40 perkhidmatan ETS akan ditawarkan sempena musim balik kampung melibatkan perjalanan di antara 29 Julai dan 3 Ogos.

“Ia bagi menampung jumlah permintaan yang dijangka meningkat dengan mendadak pada waktu puncak dan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Selain tu, korang boleh dapatkan tiket sama ada di kaunter atau secara online. Jadi, boleh lah korang rancang perjalanan dari sekarang.