Pelakon dan model terkenal, Thanuja Ananthan akui susah untuk menemui jodoh di Malaysia kerana faktor ketinggian.
Menurut bekas Miss World Malaysia 2009, dia yang berketinggian 183 sentimeter itu bukanlah seorang yang memilih namun dia sangat mementingkan soal keserasian.
“Saya sukar untuk dating (bercinta) dengan lelaki dekat sini (Malaysia) sebab mereka tidak berani. Saya terlalu tinggi. Sebenarnya saya tidak memilih, saya okey sahaja asalkan value dan mentaliti kami sama,” kata Thanuja.
Dalam pada itu, Thanuja juga berkongsi dia sedang menjalinkan hubungan dengan lelaki berasal dari London, England.
“Ya, saya ada seorang yang istimewa dalam hidup saya sekarang ini. Saya sedang mengenali dia. Saya sangat gembira dan kita lihat nanti bagaimana perjalanan hubungan dalam tempoh setahun dua ini.
“Kami berkenalan sejak lapan bulan yang lalu dan dia berasal daripada London. Saya kenal dia melalui kawan-kawan. Kami ada perancangan untuk masa hadapan (berkahwin),” tambahnya.
Sumber: Kosmo