Terpisah 16 Bulan Kerana COVID-19, Pengantin Baru Kini Bersatu

Pasangan berbeza kewarganegaraan, Nur Amanina Aziz dari Kuala Lumpur dan suami, Hariz Nondrey Gomer Lara dari Filipina akhirnya bersatu setelah 16 bulan terpisah akibat pandemik COVID-19 yang melanda.

terpisah 16 bulan kerana covid-19, pengantin baru kini bersatu

Difahamkan, pasangan yang berkahwin pada 2019 itu hanya sempat meluangkan masa bersama selama sebulan setelah melangsungkan perkahwinan mereka sebelum Hariz berangkat ke Filipina hingga terkandas di negara tersebut akibat penutupan sempadan di Malaysia.

Gembira dengan penyatuan tersebut, kata Amanina, “Ini adalah saat yang paling ditunggu-tunggu kami, untuk suatu tempoh yang lama. Kami telah melalui banyak perkara, dan masa-masa yang sukar. Apabila saya mendapat persetujuan, kegembiraan tersebut sememangnya tidak dapat digambarkan.”

Difahamkan, pasangan Filipina-Malaysia itu mula mengikat hubungan percintaan mereka sebagai suami isteri pada 23 September 2019 namun terpaksa berpisah tidak lama selepas itu untuk melihat tempoh ‘cooling-off’ yang diperlukan buat penukaran visa.

Namun, ketika Hariz hendak kembali Malaysia untuk memulakan proses pemohonan visa, kerajaan mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) dan menutup sempadan.

Tambahnya lagi, mereka memerlukan tiga percubaan sebelum pihak berkuasa bersetuju untuk meluluskan permohonan suaminya merentasi sempadan Malaysia pada 5 Disember lalu.

Akibat perpisahan tersebut, Amanina juga dilaporkan menderita kemurungan kerana merindui suami yang berjauhan.

Namun, tepat pada 10 Februari lalu, Hariz akhirnya kembali ke Malaysia dan setelah menyelesaikan kuarantin selama 10 hari, pasangan terbabit akhirnya bertemu antara satu sama lagi, setelah sekian lama.

Ujar pasangan tersebut, mereka kini meletakkan fokus untuk mendapatkan Hariz visa agar mereka tidak terpisah lagi.

 

Sumber: Bernama