Takkan Ada ‘U-Turn’

Keputusan sudah dibuat, takkan berpatah balik.

 

Itu penegasan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhubung pemansuhan UPSR dan PT3. Ha! Tu yang dimaklumkan KPM walaupun ada mak ayah minta 2 peperiksaan utama tu dikembalikan. Jelas kementerian, keputusan tu dibuat sebab kerajaan nak melahirkan modal insan yang berkebolehan dalam pelbagai bidang, bukan hanya akademik je. Ni sejajar dengan Malaysia yang kini bergerak ke arah negara yang lebih maju. Malah tegasnya, penerangan pun dah dibuat berkali-kali dan melibatkan pelbagai peringkat dan pihak berkepentingan.

takkan ada ‘u-turn’

📷 AWANI (gambar hiasan) 

 

Pada pendapat peribadi, KJ memahami hasrat dan tujuan KPM. Perjalanan nak memurnikan pendidikan supaya jadi pendidikan yang membina bangsa Malaysia memang panjang dan perlu sokongan padu semua. Kalau teguran perlu diberi ha kita buat secara membina supaya ada penilaian adil untuk anak-anak kita…dan cikgu selesa serta merdeka nak bagi penilaian. Sepadan dan selayaknya untuk setiap murid. Kita langkah ke depan ya. Toleh belakang sekali-sekala nak semak lipatan sejarah boleh tapi bukan U-Turn 🙂 

 

Oleh: KJ 

Sumber & gambar: AWANI, Sinar Harian, Harian Metro, Berita Harian & internet