Nafi Takut Bini, Tajul Cuba Elak Lakon Babak Sentuh Wanita Lain

Penyanyi, Tajul Ariff yang kini dilihat semakin aktif dalam dunia lakonan, sebolehnya mahu mengelak daripada melakonkan babak bersentuhan dengan wanita lain.

tajul nafi takut bini lepas elak lakon babak sentuh wanita lain

Menurut Tajul, ia dilakukan bukan kerana dia takut kepada isterinya, Nurul Shamieza Eddie, sebaliknya Tajul mahu menjaga perasaan dan menghormati suri rumahnya itu.

 

Memetik laporan dari portal Gempak, beliau akan memikirkan terlebih dahulu jika dia diminta oleh pengarah untuk melakonkan mana-mana babak seperti itu.

 

“Soal jaga batas ni kalau boleh memang saya nak jaga la. Sebenarnya kalau boleh nak elakkan untuk babak-babak melibatkan bersentuhan.

“Tapi misal kata pengarah minta, saya akan fikirkan dahulu. Mungkin kalau saya rasa boleh, saya akan buat. Tapi kalau saya sendiri tak selesa, saya tak buat la.

“Sebab saya pun kena hormat isteri… bukan takut tapi lebih kepada menghormati bini kita. Sebab isteri saya pun akan tengok lakonan saya.

“Jadi, saya rasa tak best la bila dia tengok dan terasa ke… walaupun berlakon, mestilah ada sikit perasaan cemburu. Tipulah kalau perempuan tak ada rasa tu,” katanya.

 

Tajul dalam pada itu berkata isterinya tidak pernah meletakkan sebarang syarat kepadanya untuk berlakon asalkan dia tahu menjaga batas sebagai seorang suami.

 

Sumber: Astro Gempak