“Baby Baru 30 Minggu, Saya Takut Jika Apa-Apa Berlaku Jika Dia Dilahirkan Ketika Itu” - Syasya Rizal

Penyanyi Syasya Rizal berdepan detik cemas selepas hampir melahirkan bayi pra matang ketika kandungan baru berusia 30 minggu.

 

“Ketika mengemas barang baby bersama suami, tiba-tiba saya rasa basah. Saya lihat ada darah tetapi tidak berasa sakit dan tertanya-tanya adakah ini normal?

 

“Jam 12 malam kami ke hospital, ketika itu saya sudah ada kontraksi selang 10 minit. Doktor kata kemungkinan besar saya akan bersalin pada hari itu atau keesokkan harinya.

 

“Baby baru 30 minggu, berat pun dalam 1.3 kilogram. Jika bersalin memang baby akan terus di masukkan ke unit rawatan rapi (ICU). Saya sedih sangat kerana takut apa-apa berlaku jika dia dilahirkan ketika itu,” ujar Syasya.

 

Syasya kini dipercayai sedang ditahan di wad bersalin selama empat hari untuk doktor memantau keadaannya dan bayi dalam kandungan.

 

Sumber: Kosmo